CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, June 28, 2008

UMNO PUSAKA MELAYU ( Bahagian 2 )

Perjuangan orang-orang Melayu menentang Malayan Union berterusan pada 1 hingga 4 Mac 1946 apabila Kongres Melayu SeMalaya yang dipengerusikan oleh Dato Onn Jaafar telah mengadakan mesyuarat tergempar di Kuala Lumpur. Kongres yang disertai oleh 41 buah pertubuhan Melayu telah membuat keputusan antaranya menggesa raja-raja Melayu jangan menghadiri majlis perasmian dan perlantikan Gabenor Malayan Union, masyarakat melayu berkabung selama tujuh hari, mengadakan tunjuk perasaan dan menuhbuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dengan tujuan memelihara kepentingan orang Melayu.

Gerakan perjuangan UMNO yang dipimpin oleh Dato Onn jaafar telah mendapat sambutan apabila kaum wanita turut serta menentang gagasan Malayan Union. Mereka terdiri daripada Zaharah Abdullah ( seorang guru di Batu Pahat ), Halimathon Abdul Majid dan Saleha Ali.

Malahan, perjuangan Dato Onn Jaafar dalam UMNO menentang Malayan Union mendapat sokongan dari orang bukan Melayu antaranya Malayan Democratic Union dan orang Inggeris ketika itu antaranta Richard Winstedt, George Maxwell dan cecil Clementi turut menyuarakan bantahan terhadap penubuhan Malayan Union.

UMNO PUSAKA MELAYU ( Bahagian 1 )

Saya adalah ahli UMNO berasal dari Sabah. Mohon maaf sekiranya tulisan saya ini tidak menarik, melukai hati dan tidak bermakna... silalah baca dan renungkanlah...demi bangsa dan negara.

Terdapat banyak ciri persamaan dalam gerakan kebangsaan peringkat awal di Asia Tenggara. Kebanyakkan mereka adalah golongan berpendidikan terutama dari barat dan timur tengah.Jose Rizal merupakan nasionalis Filipina yang menerima pendidikan di Sepanyol dan tahap perjuangan nasionalismenya tidak tertumpu kepada politik tetapi kepada ilmu pengetahuan, agam dan kebudayaan. Di Vietnam, tuntutan lebih bersifat pembaharuan yang dipimpin oleh Phan Boi sepertimana yang dilaksanakan di Jepun pada zaman Meiji. Golongan nasionalis tidak menggunakan cara kekerasan sebaliknya lebih tertumpu keada diplomasi dan kerjasama. Terdapat juga cara menyampaikan idea perjuangan nasionalis seperti Jose Rizal dan Raden Adjeng Kartini telah menghasilkan novel.

Di Tanah Melayu, surat khabar Al Imam menjelang tahun 1930an, memainkan peranan penting dalam kebangkitan nasionalisme. Perjuangan golongan nasionalis dilakukan melalui pertubuhan atau persatuan seperti Kaum Melayu Muda yang dipimpin oleh Ibrahim Yacoob, Ishak Hj Muhammad,Ahmad Boetamam, Abdul Karim Rashid, Hassan Manan dan Mohd Isa Mahmud. Selain Al-Imam, beberapa buah akhbar seperti Saudara, Majlis, Warta Malaya, Utusan Melayu antara majalah berperanan untuk menyampaikan wadah idea pembaharuan, mendesak pihak penjajah Inggeris melindungi hak orang Melayu dan membangkitkan semangat kebangsaan orang Melayu.

Kemunculan beberapa karya sastera seperti novel Hikayat Faridah Hanum, Melor Kuala Lumpur, Putera Gunung Tahan ,Anak Mat Lela Gila, Cerita Awang Putat, Rumah Besar Tiang Sebatang lebih berkisar tentang perjuangan orang Melayu terhadap kuasa penjajah Inggeris untuk menuntut kemerdekaan, bersikap anti penjajah Inggeris, memperjuangan taraf hidup orang Melayu dalam bidang ekonomi dan sosial.

Kerakusan penjajah Inggeris untuk menguasai Tanah Melayu selepas era kejatuhan zaman pemerintahan Jepun di Tanah melayu amat jelas dibuktikan apabila pihak penjajah Inggeris telah menubuhkan MALAYAN UNION yang bertujuan untuk memelihara kepentingan British di Tanah Melayu. Dato Onn Jaafar beserta para pemimpin yang lain seperti Datuk Panglima Bukit Gantang, Zainal Abidin Ahmad, Dato Nik Ahmad Kamil dan Dato Hamzah Abdullah bangkit menetang kemunculan Malayan Union seterusnya menubuhkan UMNO pada 11 Mei 1946.

Dato Onn dan para pemimpin serta pejuang Melayu yang lain ketika itu telah menjelajah ke seluruh Tanah melayu untuk memberi penerangan tentang keburukan Malayan Union kepada orang Melayu. Cogan kata UMNO ketika itu, " HIDUP MELAYU "merupakan cogan kata keramat untuk menyatukan orang melayu dan mempertahankan kedudukan serta hak istimewa orang Melayu. Pada 29 Mei 1949, perlembagaan baru UMNO diluluskan bagi menggantikan piagam 1946 yang menetapkan tujuan UMNO adalah berusaha ke arah berkerajaan sendiri dengan mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. BETAPA PERITNYA PERJUANGAN PARA PEMIMPIN UMNO KETIKA ITU DEMI MEMBEBASKAN TANAH MELAYU DARI BELENGGU PENJAJAH BRITISH.Dengan dorongan PERIKATAN Pemuda UMNO seruan HIDUP MELAYU ditukarkan kepada MERDEKA dan UMNO kemudiannya menerbitkan majalah yang berjudul " Malaya Merdeka ". Sebagai ahli UMNO, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 yang mana UMNO merupakan tulang belakang kepada usaha untuk mendapatkan kemerdekaan ketika itu....